fb fb fb fb fb

Projek pembinaan kolam selam tempur Kem Iskandar berbaki dua peratus lagi - Alexander

Kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing/Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

BANGI, 17 April - Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan Projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap sepenuhnya pada Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pihaknya juga akan menyiasat syarikat yang bertanggungjawab menjalankan projek tersebut di atas kelewatan pembinaan projek itu meskipun hanya berbaki dua peratus sahaja untuk di siapkan.

"Kita menyambut baik saranan daripada Tuanku kerana melawat kat sana melihat keadaan di sana.

"Nantilah kita tengok dan siasat dengan adil pada kontraktor juga dalam perkara ini.

“Seperti mana yang semua sudah maklum. Ini pun dah dalam berita juga. Kita diperingkat KKR ini kita menerima baik titah Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kerana Tuanku melawat untuk melihat keadaan di sana. Saya difahamkan boleh dalam masa penghujung bulan Jun nanti boleh disiapkan," katanya pada majlis Jamuan Hari Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini.

Jelasnya lagi, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam masa terdekat bagi menjelaskan kelewatan berkenaan.

Pembinaan kolam berkenaan yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, mengalami kelewatan selepas enam kali diberi pelanjutan tempoh.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim, memerintahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar menjelaskan punca kelewatan projek itu disiapkan.

GRACE AISYAH KEDAYAN