fb fb fb fb fb

Projek pembangunan KPU, Anwar lulus peruntukan awal RM1 juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

IPOH, 8 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan awal RM1 juta untuk projek pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Chemor, Perak.

KPU dibangunkan bagi menangani masalah kepadatan murid, guru dan kakitangan sokongan bagi tiga buah institusi iaitu prasekolah, Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah dan Madrasah Al-Hikmah (MADAH).

Bangunan sekolah baharu yang dicadangkan ialah di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) seluas empat ekar.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam ucapannya memuji usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri, MAIPk dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam merealisasikan projek tersebut.

Beliau berkata langkah tersebut merupakan permulaan dan contoh baik kepada usaha mengupayakan umat dan pendidikan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM