
ISKANDAR PUTERI, 6 Mac -Projek menaik taraf Jalan Gelang Patah di sini daripada dua lorong kepada empat lorong dua hala kini mencapai kemajuan 46.3 peratus setakat Februari lalu.
- Projek bernilai RM62 juta merupakan koridor penting yang menghubungkan kawasan perindustrian, pelabuhan dan kompleks CIQ.
- Teknologi Geobamboo digunakan untuk kerja tanah lembut sebagai alternatif kepada kaedah konvensional yang memerlukan tempoh penstabilan lebih lama.
- Projek bermula dari Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah hingga Persimpangan Lebuhraya Tanjung Pelepas sepanjang lima kilometer.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek bernilai RM62 juta itu merupakan koridor penting yang menghubungkan kawasan perindustrian, pelabuhan dan Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).
“Bagi mempercepatkan pelaksanaan projek, teknologi Geobamboo digunakan khususnya bagi kerja-kerja di kawasan tanah lembut.
“Ia merupakan langkah alternatif kepada kaedah konvensional yang memerlukan tempoh penstabilan tanah yang lebih lama,” katanya dalam satu kenyataan.
Projek yang bermula dari Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah hingga ke Persimpangan Lebuhraya Tanjung Pelepas itu dilaksanakan sepanjang lima kilometer.
Beliau berharap pendekatan itu mampu mempercepatkan penyiapan projek, sekali gus melancarkan aliran trafik serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.