fb fb fb fb fb

Projek naik taraf FT223 tidak lulus, Jambatan Palekbang bawah ECERDC

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Tiada cadangan dalam perancangan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya (HNDP) 2023-2030 untuk menaik taraf laluan di Jalan Persekutuan (FT223) di negeri Kelantan dalam Rolling Plan 1, 2,3, dan 4 RMK-13.

Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, permohonan semula Kerajaan Negeri Kelantan untuk menaik taraf laluan itu  berada dalam senarai keutamaan KKR pada  Rolling Plan 5.

Malangnya, ia tidak mendapat kelulusan agensi pusat. 

Manakala, bagi projek Jambatan Palekbang ke Kuala Besar pula, semakan KKR  mendapati projek berkenaan merupakan projek bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

"Bagi cadangan projek menaik taraf laluan FT223 dari persimpangan Wakaf Mek Zainab ke persimpangan Kuala Besar dari Seksyen 1.011 hingga Seksyen 7.070 Kota Bharu telah tidak dipertimbangkan oleh kerajaan semasa rolling plan 5 RMK-12.

"Bagaimanapun, kita tahu bahawa ada projek lebuhraya pada Kota Bharu - Kuala Krai yang sedang dalam pembinaan," katanya.

Pernyataan bagi menjawab pertanyaan Senator Dr. Hajah Wan Martina Wan Yusoff.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE