fb fb fb fb fb

Projek MCKIP rekodkan nilai pelaburan melebihi RM31 billion

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 6 November - Projek Malaysia-China-Kuantan Industrial Park (MCKIP) merekodkan nilai pelaburan terkumpul melebihi RM31 bilion setakat Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata pelaksanaan 21 projek oleh MCKIP dijangka mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Daripada jumlah itu, RM14.6 bilion daripada pelaburan dalam MCKIP telah direalisasikan setakat ini.

"Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, kawasan perindustrian di MCKIP telah diperluaskan daripada 1,200 ekar kepada 3,500 ekar", katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

MCKIP yang dilaksanakan di Pahang merupakan projek kerjasama Belt and Road Initiative (BRI) antara Malaysia dan China.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD