fb fb fb fb fb

Projek Lebuhraya KBKK dijangka siap pada 2027

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Februari- Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2027.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek kini mencapai 80 peratus siap, dengan baki 20 peratus dalam proses pembinaan oleh kontraktor baharu.

'Setakat ini kira-kira 80 peratus telah dibina, jadi tinggal sekitar 20 peratus lagi, baru-baru ini kontraktor baharu telah dilantik dan kerja-kerja akan bermula. Kita difahamkan ia akan mengambil masa juga (kerana beberapa prosedur). Projek dijangka siap 2027. 

"Kita mengambil kira (beberapa faktor), sebab Kelantan ini selalu dilanda monsun dan sebagainya,” katanya selepas melancarkan Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025, di Putrajaya.

Sementara itu, pihak konsensi disaran membuat pemeriksaan berkala dan melaksanakan penampalan lubang jalan dengan optik yang jelas tanpa perlu menunggu aduan dibuat.

"Seperti mana saya sebut, saya minta semua ini, kita ini perlu bergerak dengan segera apabila kita terima aduan ataupun kita terjumpa jalan rosak, tidak perlulah kita nak tunggu. Yang dalam seliaan jalan sendiri Jabatan Kerja Raya (JKR), Malaysia iaitu Kementerian Kerja Raya itu Jalan Persekutuan, kita dah minta dalam 24 jam kerja-kerja pembaikan dimulakan", katanya.

Tambahnya, daripada 26,000 aduan berkaitan jalan rosak yang diterima di aplikasi MYJalan sehingga Disember lalu, hanya 30 peratus dilaporkan di Jalan Persekutuan.

ROSLINA BINTI DIN