fb fb fb fb fb

Projek jalan Bukit Pachor ke Seberang Perai Selatan siap 74 peratus

Datuk Seri Ahmad Maslan

NIBONG TEBAL, 27 Jun- Projek jalan yang menghubungkan Bukit Pachor ke laluan persekutuan Seberang Perai Selatan dijangka siap sepenuhnya Februari tahun dapan.

Timbalan Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek yang menelan belanja lebih RM11 juta itu, mengantikan laluan sedia ada kini mencapai 74 peratus pembinaanya.

Pembinaan itu selaras dengan program MYJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) yang ingin menyediakan insfrastruktur selamat dan selesa kepada pengguna.

"Apabila siap, kawasan baru kira-kira 1.2 kilometer itu dijangka akan dilalui sehingga 1,000 kenderaan sehari.

"...dan kita dapat menghubungkan Sungai Kecil, Sungai Bakap, Taman Ilmu, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Nibong Tebal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan melihat kemajuan projek penghubung Jalan Bukit Panchor di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI