fb fb fb fb fb

Program Yok Hantor Jajan Raya 4.0 JohorFm manfaat golongan memerlukan

Mengagihkan sumbangan dan menyantuni pendengar-pendengar JohorFm yang kurang berkemampuan membantu mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri

KOTA TINGGI, 4 April - Program Yok Hantor Jajan Raya 4.0 JohorFm, melabuh tirainya semalam setelah menjelajah ke 10 daerah.

Seramai 35 orang penerima wang tunai dan hamper kuih raya telah disantuni sepanjang program berlangsung.

Daerah Kota Tinggi merupakan destinasi terakhir bagi program tersebut dengan mengunjungi DUN Tanjung Surat.

"Semua 10 daerah di negeri Johor ini untuk kita memberi sedikit sumbangan dan juga menyantuni pendengar-pendengar JohorFm yang kurang berkemampuan dalam membantu mereka untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Pengarah RTM Johor, Azman Hashim, di sini.

Menurut EXCO Pendidikan dan Penerangan Aznan Tamin yang juga ADUN Tanjung Surat, program tersebut merupakan platform terbaik untuk merealisasikan kegembiraan mereka yang kurang berkemampuan menjelang musim perayaan ini.

"Alhamdulillah segala program berbentuk bantuan termasuk program yang diadakan JohorFm mendapat sambutan, sebenarnya kalau boleh ditambahkan lagi Alhamdulillah. Mungkin ada syarat dan had masa dan sebagainya dan kita kalau boleh mahukan lagi pihak JohorFm datang lagi ke Tanjung Surat untuk sama-sama membantu masyarakat di kawasan DUN Tanjung Surat," kata Aznan.

Program memasuki tahun ke empat itu lebih istimewa kerana menumpukan kepada penerima daripada kalangan peminat setia JohorFm yang kurang berkemampuan.

Ia juga medium kakitangan Johorfm terutamanya juruhebah mendekati para pendengar di setiap pelusuk negeri.

TETITIA YUSOFF