fb fb fb fb fb

Program Usahawan Tani, IPR Intan di Hulu Kinta akan diperluas

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melihat tanaman cili yang diusahakan ketika melawat tapak projek IPR- INTAN NCER di Hospital Bahagia Hulu Kinta/BERNAMA

HULU KINTA, 12 Disember- Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Intan di Hulu Kinta, Perak akan diperluas ke kawasan lain.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli projek tersebut menggunakan tanah terbiar milik Kerajaan Negeri untuk diusahakan oleh peserta terdiri daripada golongan B40 dan miskin tegar.

Beliau berkata, kementerian amat mengalu-alukan kerjasama seperti ini bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam sektor pertanian moden di kawasan luar bandar.

"Saya pasti kalau perkara ini disambut baik dan kita akan dapat menskalakan projek IPR ini di seluruh negara. Saya berharap usaha Kerajaan Negeri Perak ini juga disambut oleh kerajaan negeri lain, baru kita boleh kita boleh bawa pertanian moden ini ke daerah-daerah seluruh negara", katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan projek IPR-INTAN Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR-INTAN NCER) di Hulu Kinta, Perak.

Projek penanaman cili dan terung di atas tanah seluas 20 ekar dan diusahakan oleh 30 peserta itu, dijangka mampu menyumbang hasil jualan sehingga RM29 juta.

Setakat ini projek IPR-INTAN NCER turut dilaksanakan di Chuping, Perlis dan Bukit Tangga, Kedah.

ROSLINA BINTI DIN