fb fb fb fb fb

Program pengajian AI di UTM beri impak daya saing digital

Dr Mohd Nazri Mahrin dalam temubual Bicara Naratif di Angkasapuri, Kota Media, malam tadi

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjadi perintis yang melahirkan kepakaran dan tenaga kerja mahir dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

Dekan Fakulti AI UTM, Profesor Dr Mohd Nazri Mahrin yakin program yang ditawarkan memberi impak daya saing digital serta menginovasikan landskap sosioekonomi.

Beliau berkata, penubuhan Fakulti AI adalah satu lonjakan besar ke arah menyiapsiagakan negara mendepani masa hadapan dengan teknologi berkenaan.

"Melihat kepada program yang kami akan tawarkan di UTM iaitu Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) dengan kepujian, terdapat 23 kursus teras melibatkan AI yang akan disampaikan kepada para pelajar nanti.

"Itu akan diselesaikan dalam tempoh masa dua tahun... masuk tahun ketiga pelajar akan mula mengambil kursus-krusus elektif yang mana ada 10 kesemuanya dan kursus elektif ini kami pecahkan kepada empat kluster iaitu AI Advance, Robotic and Automation, Business serta Creative AI," katanya dalam
temubual Bicara Naratif di Angkasapuri, Kota Media di sini.


Pelajar yang berminat untuk mengikuti program berkenaan boleh mendapatkan informasi di laman sesawang UPU dan UTM menerusi http://upu.mohe.gov.my/web serta https://admission.utm.my/apply-now/.

SITI AISHAH MD ISA