fb fb fb fb fb

Program Ngaji beri manfaat kepada 150 peserta

Program Sembang Santai dan Ziarah Prihatin di Taman Paduka, Kangar

KANGAR, 6 Januari- Program Ngaji yang dilaksanakan secara mingguan sepanjang 2023 di lima kawasan Dewan Undangan Negeri bagi Parlimen Kangar mendapat penyertaan 150 peserta.

Usaha melaksanakan Kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan itu sebagai usaha untuk memberikan peluang kepada masyarakat setempat mendalami al-Quran selain memahami setiap ayat yang dibaca.

Bagi Pengerusi Program Ngaji Parlimen Kangar Refflis Mohd Ismail, kelas pengajian al-Quran mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat berikutan lokasi yang dekat selain dapat mengatur masa sendiri.

Program itu bermula sejak tahun 2019 namun terhenti seketika pada 2020 ketika COVID-19 sebelum diteruskan semula pada 2021.

Penyertaannya semakin meningkat dan akan ditambah baik sepanjang 2024.

"Bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat mengikuti kelas pengajian al-Quran, pada Mac 2024 nanti, kelas akan dibuka kepada pelajar sekolah dengan sasaran seramai 50 peserta akan mengikuti kelas pengajian yang akan dilaksanakan.

"Manakala bagi kelas pengajian al-Quran dewasa akan diteruskan secara mingguan dengan menambah bilangan tenaga pengajar agar lebih ramai dapat mengikuti program," kata Refflis dalam Program Sembang Santai dan Ziarah Prihatin di Taman Paduka di sini.

Menerusi program pengajian itu peserta berpeluang mengenal huruf-huruf al-Quran, makhraj, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid yang betul serta membimbing peserta membaca al-Quran dengan lancar, fasih dan betul.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI