fb fb fb fb fb

Program MADANI rakyat Zon Tengah, LHDN sedia kaunter terbuka

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan kaunter promosi AES iaitu Kesedaran, Pendidikan dan Perkhidmatan pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 24 Februari - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyediakan kaunter promosi AES iaitu Kesedaran, Pendidikan dan Perkhidmatan pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah.

Pengarah Operasi Negeri Seksyen Khidmat Pelanggan LHDN, Mohd Faisal Ibrahim berkata konsep kaunter terbuka itu selaras pendekatan terkini LHDN berbanding menumpukan pendekatan secara penguatkuasaan sebelum ini.

"Kakitangan kaunter bersedia menjawab pertanyaan pembayar cukai dan juga memberi informasi dan sokongan dalam sebarang isu berkaitan cukai, termasuk pertanyaan mengenai tatacara pembayaran, pelaporan pendapatan atau pemotongan cukai," katanya pada program tersebut di Kompleks Sukan Kuala Selangor, di sini.

Tambah Mohd Faisal, pemohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga boleh mendapatkan perkhidmatan seperti semakan status permohonan STR, permohonan baharu STR dan kemas kini maklumat isi rumah STR.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN