Program Kongsi Rezeki santuni golongan memerlukan

Tradisi Ramadan, sediakan juadah berbuka puasa untuk golongan memerlukan/Foto RTM

MATA AYER, 7 Mac – Komuniti setempat terus mengimarahkan Ramadan menerusi pelbagai program kebajikan bagi menyantuni golongan memerlukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 30 penduduk menyertai Program Kongsi Rezeki di Kampung Ngulang.
  • Menyediakan 300 pek Masak Asam Daging dan cekodok pisang untuk diagihkan.
  • Tradisi Ramadan: sediakan juadah berbuka dan sumbangan kepada pesakit terlantar, asnaf, OKU dan ibu tunggal.
  • Penerima bantuan dikenal pasti melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan DUN Mata Ayer.

Seramai 30 penduduk sekitar menyertai Program Kongsi Rezeki yang berlangsung di Kampung Ngulang bagi menyediakan 300 pek Masak Asam Daging dan Cekodok Pisang untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Menurut Penyelaras Program Kongsi Rezeki DUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya, menjadi tradisi setiap kali Ramadan, penduduk sekitar akan melaksanakan program seperti ini terutamanya menyediakan juadah berbuka puasa dan sumbangan antaranya kepada pesakit terlantar, asnaf, OKU dan ibu tunggal.

“Kesemua penerima bantuan dikenal pasti menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) DUN Mata Ayer,” katanya.