SUNGAI PETANI, 7 Disember- Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani dengan kerjasama Kementerian Komunikasi menganjurkan Program Karnival MADANI sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI Peringkat Parlimen Sungai Petani.
Program diadakan di Padang EUPE Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah mengangkat tema 'MADANI di hati, rakyat disantuni'.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran dan kaunter perkhidmatan agensi, jualan termurah MADANI, jualan barang segar dan jualan peniaga tempatan.
Gimik Pelepasan Skuad Insan MADANI-Misi banjir bagi negeri Kedah juga turut dilancarkan pada program berkenaan.
Program sehari itu bertujuan untuk memberi ruang kepada rakyat agar lebih memahami usaha dan inisiatif Kerajaan MADANI di Kedah khususnya di Parlimen Sungai Petani.
Program tersebut juga memperlihatkan usaha reformasi perkhidmatan awam yang telah diterjemahkan untuk manfaat secara langsung kepada rakyat dan meningkatkan kesedaran mengenai hala tuju dan matlamat kerajaan yang berpaksikan kepentingan rakyat.