fb fb fb fb fb

Program Jelajah Ummah mampu rapatkan hubungan pemimpin dengan komuniti

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari / Foto RTM

GOMBAK, 9 November - Program Jelajah Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Sungai Tua mampu merapatkan hubungan pemimpin tempatan dengan komuniti setempat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata program ini juga dapat meningkatkan kesedaran dan minat pelbagai pihak untuk melakukan aktiviti kebajikan.

"Pesanan saya jelas, ini akan meningkatkan kesedaran dan juga minat untuk melakukan program kebajikan bersama-sama sebagai salah satu budaya masyarakat.

"Jadi budaya kepedulian itu penting timbul dari kasih sayang dan rasa ingin menghargai antara satu sama lain.

"Kalau semangat itu dapat dibina saya yakin negeri Selangor dan juga Malaysia dapat menjadi sebuah negara aman dan makmur serta masyarakat contoh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Peduli Ummah Sejahtera Insan Al-Falah disini pada Sabtu.

Menurutnya, Mapim memilih Gombak sebagai lokasi bagi menyalurkan 200 bakul makanan kepada golongan memerlukan di Sungai Tua, selain membuat agihan melalui kunjungan dari rumah ke rumah.

Trainee