fb fb fb fb fb

Program 'Ini Warisan Kita', perkukuh perpaduan melalui khazanah warisan negara

PUTRAJAYA, 9 Julai- Program 'Ini Warisan Kita' anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) platform memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi khazanah warisan negara.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam membangun Malaysia Madani; dengan penerapan elemen hormat-menghormati.

Sekali gus, menjadikan warisan sebagai salah satu platform menyatukan rakyat pelbagai kaum. 

"Inilah salah satu program besar bawah kementerian supaya kita dapat melestarikan warisan kita untuk generasi akan datang.

"Kita juga lihat ada permainan yang mana jika kita tidak pamerkan sekarang, mungkin akan hilang pada masa depan.

"Ada banyak lagi, dari segi bahasa, cita rasa, makanan, pakaian yang merupakan warisan kita yang ingin dilestari dan dikembangkan pada masa akan datang," katanya.

(Datuk Aaron Ago Dagang)

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program 'Ini Warisan Kita', di sini hari ini.

Antara pengisian utama program 'Ini Warisan Kita' adalah pameran rumah etnik seperti Chetti, Baba Nyonya, Mah Meri, Siam dan Portugis, yang menampilkan kepelbagaian aktiviti seperti seni tari, busana, makanan tradisi dan hasil kraftangan.

Media Baharu