fb fb fb fb fb

Program Hijrah Minda MAIPs santuni masyarakat Islam selatan Thailand

KRABI, 5 Ogos- Program Hijrah Minda, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tahun ini lebih istimewa kerana berlangsung di Masjid Ban Huai Luk, Wilayah Krabi, Thailand.

Program diadakan bersempena Ziarah Mahabbah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke wilayah Phuket selama tiga hari yang bermula hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Ceramah Hijrah Minda memberi tumpuan ke arah memperkukuh pengurusan zakat dan wakaf bersama masyarakat Islam di Krabi.

"Selain itu, bagi melaksanakan aktiviti Masjid Ban Huai Luk, Wilayah Krabi, pihak MAIPs turut menyerahkan sumbangan Fi Sabilillah berjumlah RM5,300 yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada imam masjid berkenaan.

"MAIPs akan terus melipatgandakan usaha terutama sekali menerusi program-program yang memberi manfaat antara umat Islam di Perlis dengan masyarakat Islam Wilayah Andaman," kata Mohd Nazim.

Ini kali ke-19 program itu dianjurkan.

(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan
Fi Sabilillah MAIPs berjumlah RM5,300 kepada Imam Masjid Ban Huai Luk,Sawas Pracha)

Media Baharu