fb fb fb fb fb

Program Hari Cuci Malaysia meriah

FOTO FB Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR 28 September- Program Hari Cuci Malaysia berlangsung meriah disertai pelbagai lapisan masyarakat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam ucapannya berkata inisiatif itu seiring dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan kepada kemampanan dan kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif tersebut memperlihatkan komitmen kerajaan untuk mengalakkan budaya menjaga kebersihan dan kelestarian alam.

Program, berkonsepkan pelaksanaan gotong-royong mega secara bersepadu di seluruh negara meliputi skop pembersihan kawasan sekitar, pembersihan dan penutupan tapak sampah haram, pelaksanaan kempen kitar semula dan kesedaran penggunaan plastik sekali guna.

Setakat 11 pagi tadi, lebih 18,000 penyertaan didaftarkan bagi program berskala besar itu di seluruh negara. Jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang lewat petang nanti.

Penyertaan terdiri daripada pelajar sekolah, syarikat konsesi, komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR), komuniti PRIMA home serta 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta semua kementerian dan rakan  strategik KPKT.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE