fb fb fb fb fb

Program Bicara Malaysiana: Cerminan PNM gedung ilmu, keintelektualaan negara

Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia, Katrun Nada Hashim

KUALA LUMPUR, 12 September - Seramai 300 peserta menyertai program Bicara Malaysiana anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara fizikal dan dalam talian.

Mengangkat tema 'Kedaulatan Undang-Undang Medium Manyatupadukan Masyarakat', program itu merupakan acara tahunan bertujuan memperkukuh patriotisme dan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat.

Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia Katrun Nada Hashim berkata, program seumpama juga mencerminkan komitmen PNM yang berperanan sebagai gedung ilmu dan keintelektualaan negara dengan mempamerkan koleksi berkaitan perjuangan kemerdekaan.

"Setiap peradaban manusia kita ada etika, harakat, adab dan dibantu undang-undang. Jadi itu adalah panduan hidup, tatasusila seseorang individu atau masyarakat yang apabila kita mahu bergaul, berkomunikasi, itulah elemen-elemen perpaduan yang kita ingin satukan melalui program sebegini yang sentiasa kita buat di Perpustakaan Negara Malaysia.

"Hasrat kita agar masyarakat Malaysia mengetahui tentang sejarah, tentang Malaysia jadi kita kaitkan sekali dengan kita adakan kuiz kemerdekaan secara dalam talian, hari ini Alhamdulillah peningkatan daripada tahun lepas," kata Katrun Nada.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Program Hari Malaysia Bicara Malaysiana: Kedaulatan Undang-Undang Medium Menyatupadukan Masyarakat di Ibu Negara.

Menerusi program tersebut, dua panel dijemput bagi berkongsi ilmu berhubung kedaulatan undang-undang termasuklah Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM, Profesor Madya Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam, Dr. Norazlina Abdul Aziz.

TETITIA YUSOFF