fb fb fb fb fb

Program 34-Je Kita suka lonjak jumlah pendengar radio RTM

Foto perakfm.rtm.gov.my

IPOH, 20 Mei - Program radio '34-Je Kita Suka' di RTM menjadi ‘trendsetter’ kepada industri penyiaran radio di Malaysia.

Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Saifuzzaman Yusop berkata, ini terbukti apabila siaran radio RTM berjaya melonjak ke tahap lebih tinggi dengan merekodkan jumlah capaian pendengar yang memberangsangkan.

"Jadi bermula 1 Januari yang lalu memang kita telah mengubah dan kita telah mentransformasikan semua Stesen Radio RTM supaya membolehkan kepelbagaian kandungan dapat disampaikan kepada pendengar dan juga penonton menerusi 'Hyper Media' iaitu mereka boleh mengikuti semua kandungan itu menerusi teks ikon grafik dan juga audio visual", katanya Ketika ditemui RTM selepas mengadakan lawatan kerja di Perak FM di sini.

Tambah beliau, semua kandungan program radio RTM perlu sentiasa menarik perhatian pendengar termasuk menarik minat generasi baharu agar radio RTM kekal relevan dan terunggul dalam dunia penyiaran.

Program 34 Je-Kita Suka diterbitkan secara berasingan oleh setiap stesen negeri dan kawasan.

Program berkenaan disiarkan serentak pada waktu sama setiap minggu selama 34 minit setiap Jumaat hingga Ahad, bermula 1 Januari lalu, dari pukul 3.40 hingga pukul 4.14 petang.

Program tersebut turut memberi peluang kepada penggiat industri seni dan karyawan tempatan berkongsi maklumat dan perkembangan semasa bersama komuniti setempat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD