LABUAN, 22 Disember-Professor Doktor Hadun Pudin dipilih sebagai Tokoh Penggerak Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) 2024.
Manakala, Othman Mahali dan Hasnah Sambas menerima anugerah Tokoh Pengasas dan Kepimpinan.
Anugerah berkenaan bagi meraikan peranan dan pengiktirafan sumbangan kedua-dua tokoh dalam menyemarak nilai budaya, menerusi seni dan kesusasteraan di pulau tersebut.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Insenyur Teknologis Azali Ardy @ Azali Ah Siong berkata, permartabatan bahasa dan sastera Melayu di Labuan perlu terus dipertahan dan dipelihara, kerana ia merupakan khazanah dan kekayaan budaya negara dalam usaha melahirkan generasi mencintai budaya bangsa.
Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Penulis dan Penggerak PERWILA bertempat di Palm Beach Resort and Spa.
Majlis dianjur dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).