fb fb fb fb fb

Produk unik Sarawak mampu dikomersialkan - TPM

Foto Zahid Hamidi

KOTA SAMARAHAN, 2 Februari- Kerajaan Persekutuan memberi komitmen akan membantu memasarkan produk-produk unik dari Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Sarawak mempunyai produk makanan dan produk hutan yang unik dan kerajaan perlu memberi sokongan dari sudut pemasaran.
 
"Peribadi saya, saya akan bantu usahawan di Sarawak, kampung-kampung di Sarawak ini diberi keutamaan," kata Ahmad Zahid pada Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa di sini.

Tambahnya, kerajaan telah memperuntukkan dana RM200 juta melalui belanjawan tahun lepas dalam usaha membangunkan usahawan-usahawan desa seluruh negara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengulangi komitmen kerajaan untuk menyuntik dana tambahan berjumlah RM50,000 hingga RM100,000 kepada usahawan-usahawan kampung di seluruh Sarawak.
 
Beliau percaya dibawah pelan bantuan dana itu mampu penyertaan usahawan baharu di kawasan luar bandar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM