MELAKA, 22 Mac - Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka merampas sejumlah produk berkaitan al-Quran yang tidak memperoleh perakuan pihak berkuasa menerusi Op Mulia di beberapa premis, di sini semalam.
Operasi dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu melibatkan pemeriksaan teks al-Quran dan bahan kitab suci itu termasuk kaligrafi, rantai kunci, cakera digital bacaan ayat al-Quran dan jam dinding.
"Siasatan yang dijalankan turut mendapati barangan di atas rak jualan premis melanggar kesalahan Seksyen 14 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 (Pindaan 2023) di samping terdapat pelanggaran di bawah Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan dan Pelupusan Bahan-Bahan Penerbitan dan Perhiasan Mengandungi Ayat Suci Al-Quran," menurut PK KDN Melaka menerusi menerusi laman Facebook.
Kesemua rampasan bernilai RM64,702 dan siasatan bawah APTQ 1986.