fb fb fb fb fb

PRK Kemaman: JBPM siap siaga 1,070 anggota hadapi kemungkinan banjir

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin

KUALA TERENGGANU, 23 Oktober- Seramai 1,070 pegawai dan anggota  Bomba dan Penyelamat Malaysia bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlaku banjir dalam tempoh Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman awal Disember depan.

Selain anggota, bantuan turut merangkumi logistik termasuk aset darat, udara dan marin bagi pengurusan peti undi atau membawa pengundi ke pusat mengundi semasa banjir .

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, 36 lokasi berisiko banjir sudah dikenal pasti di daerah itu.

Pihaknya sentiasa memantau maklumat semasa dengan pelbagai agensi berkaitan.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang akan dijadikan pengkalan hadapan jabatan itu bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula bulan depan.

"Berdasarkan input pelbagai agensi JPS dan diselarasakan jika telah berlaku atau keadaan hujan lebat berterusan, barulah kita akan memaklumkan pengurusan bencana daerah,"katanya.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat JBPM Terengganu di Kuala Terengganu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE