fb fb fb fb fb

Pratahfiz: KKDW sasar 150,000 pelajar Tabika KEMAS menjelang 2026

Foto RTM

SUNGAI BAKAP, 2 Julai-Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memperkasa pendidikan Al-Quran kepada pelajar-pelajar Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dengan menyasarkan 150,000 pelajarnya mengikuti Program PraTahfiz menjelang 2026.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program PraTahfiz itu bagi memberi penekanan mengenai ilmu agama kepada kanak-kanak sejak di peringkat awal khususnya yang berada di kawasan desa dan luar bandar dilihat sangat memerlukan.

Program tersebut akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) dan Kemas.

"Lakukan satu perubahan tentang soal pendidikan Islam ini kita mulakan di prasekolah dan tentunya untuk anak-anak muslim kita ajarkan di 10,843 tabika di seluruh negara.

"Kita juga memberikan penekanan terhadap ibadah yang lain termasuk solat dan ini kita juga lakukan supaya pendidikan awal ini seperti meletur buluh dari rebungnya",katanya demikian selepas majlis PraPelancaran PraTahfiz KEMAS negeri di Perda Tech, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD