fb fb fb fb fb

PPS Dewan Datuk Aaron dibuka tempatkan mangsa kebakaran rumah panjang Sungai Bawan

FOTO APM

KANOWIT, 16 Januari- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kanowit telah diaktifkan petang semalam bagi menempatkan mangsa kebakaran yang berlaku di Rumah Paulus Anak Yan, Sungai Bawan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak dalam kenyataan media memberitahu, insiden tersebut memaksa 14 keluarga membabitkan 37 mangsa berpindah ke (PPS) Dewan Datuk Aaron, Bawan Kanowit.

Sementara itu, PPS di Kompleks Sukan Kanowit yang diaktifkan sejak Isnin lalu telah menempatkan sebanyak 22 keluarga melibatkan 44 mangsa akibat banjir.

Antara kawasan terjejas banjir adalah Rumah Leo Nanga Lipus, Rumah Alice, Rumah Alexander Batu 12, Rumah Geoffey, dan Rumah Joseph di kawasan Rantau Kemiding.

Setakat ini, jumlah keseluruhan mangsa dari kedua-dua bencana adalah 81 orang, melibatkan 36 keluarga.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE