PONTIAN, 10 November-Beberapa lokasi di Pontian serta daerah lain di Johor, berpotensi untuk dijadikan lokasi sukan rali pada masa akan datang.
Ia seterusnya menjadi salah satu tarikan pelancongan sukan yang mampu merancakkan ekonomi negeri.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sukan tersebut juga dikesan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan anak muda tempatan.
Kejohanan 'Rally Of Pontian' menerusi Karnival Millennium Iconic Rally Championship (MIRC) 2024, semalam, turut memperlihatkan sambutan menggalakkan
"Saya akan berbincang dengan pengurusan Daerah Pontian termasuk Pegawai Daerah dan Yang di-Pertua, adakah tempat ini selagi ianya tidak diadakan bangunan, maka penganjuran rali boleh diadakan di sini.
"Saya pun tidak pernah terbayang sebelum ini, tempat ini boleh jadi tempat rali. Selepas ini boleh ada motosikal pula, selepas kereta yang sedang berlaku sekarang", katanya demikian selepas Majlis Perasmian Malaysia Iconic Rally Championship 2024 di sini
Seramai 16 pasukan dan 20 jentera menyertai sesi perlumbaan catatan masa MIRC 2024, yang diadakan di Pontian, semalam.
Turut serta, pemandu rali lagenda negara, Karamjit Singh.
Saingan seterusnya bagi kejohanan itu akan berlangsung di Felda Bukit Batu, Kulai, hari ini.