fb fb fb fb fb

Polis Terengganu tidak terima sebarang permohonan permit parti

Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Polis Terengganu tidak menerima sebarang permohonan permit kelulusan untuk mengadakan parti di sebuah pulau peranginan di negeri itu.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi RTM.

"Melalui semakan pihaknya juga tidak mendapat sebarang pemakluman pihak tempat peranginan berkaitan aktiviti tersebut," katanya mengulas mengenai penularan video dan poster di media sosial yang memaparkan penganjuran sebuah parti liar di sebuah pusat peranginand negeri tersebut.

Polis akan menyiasat perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil dengan pihak berkuasa yang lain.

TETITIA YUSOFF