fb fb fb fb fb

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

Foto Hiasan

KUANTAN, 22 Mei - Seorang wanita yang mendakwa dirinya Imam Mahdi sedang disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Zukri Muhammad dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Jerantut.

Beliau berkata semakan juga mendapati ibu kepada tiga cahaya mata itu mempunyai rekod perubatan sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak November tahun lepas.

"Suspek masih lagi menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan akan diteruskan," katanya.

Hantaran mengenai dakwaan wanita terbabit tular sejak semalam mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

TETITIA YUSOFF