fb fb fb fb fb

Polis Selangor pandang serius perbuatan rosak bendera, poster parti

(PDRM)

SELANGOR, 3 Ogos- Polis Selangor memandang serius perbuatan khianat merosakkan bendera parti atau menconteng poster calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15).

Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menggerakkan hampir kesemua pasukan Ops Cantas dan pasukan di bawah ketua polis daerah dalam usaha mengesan serta menangkap mereka yang terlibat.

Setakat semalam, pihaknya menerima sebanyak 62 laporan.

Daripada jumlah itu, polis membuka lima kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk berkaitan kes khianat.

Polis Kontinjen Selangor juga turut mengadakan latihan dalam perkhidmatan 'marshalling' dan tapak pendaratan helikopter melibatkan 16 daerah bagi langkah-langkah keselamatan.

(Foto fail)

Media Baharu