fb fb fb fb fb

Polis Selangor anjur program bertemu pelanggan di semua 16 IPD

FOTO Polis Selangor

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Polis Kontinjen Selangor hari ini mengadakan program bertemu pelanggan di semua 16 ibu pejabat daerah bagi berbincang mengenai isu keselamatan, status siasatan kes dan kesejahteraan komuniti.

Bertemakan 'Polis Sedia Mendengar' program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pihak PDRM dan masyarakat setempat.

Program yang bermula sejak pukul 9 pagi tadi telahpun mencatatkan kehadiran orang ramai 213 orang dengan 85 temujanji bersama Ketua Polis Daerah.

Langkah itu merupakan satu kaedah untuk pengadu menyuarakan masalah dan pendapat sekali gus dapat memberikan maklumat kepada PDRM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE