fb fb fb fb fb

Polis PP tubuh 'Pasukan Khas' tangani jenayah pecah rumah

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin /FOTO RTM

NIBONG TEBAL, 15 Januari - Polis Pulau Pinang telah melaksanakan beberapa perancangan termasuk menubuhkan pasukan khas (task force) bagi membanteras jenayah pecah rumah yang menunjukkan peningkatan di negeri itu tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, pihaknya akan memberikan tumpuan kepada kawasan ‘hot spot’ yang sering berlaku jenayah berkenaan terutamanya di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Seberang Perai Utara (SPU), dan Timur Laut.

"Buat perancangan fokus kepada kes-kes yang meningkat.

Maksud saya, fokus kepada kes-kes pecah rumah di mana kita akan wujudkan pasukan 'Task Force' untuk kes pecah rumah dan kita fokuskan berdasarkan kepada Modus Operandi yang berlaku", katanya yang ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah SPS di Ibu Pejabat Polis daerah SPS, di sini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis SPS, DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar ditugaskan memangku jawatan Ketua Polis bagi menggantikan Superintendan Ng Ah Thiam yang bersara wajib mulai esok.

Untuk rekod, sebanyak 2,372 daripada keseluruhan 3,606 kes jenayah di Pulau Pinang tahun lalu berjaya diselesaikan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD