fb fb fb fb fb

Polis Perak lupus barang kes dadah bernilai lebih RM500,000

Antara barang kes yang dilupus ialah pelbagai jenis dadah, ubat batuk dan air ketum

IPOH, 26 September- Polis Perak melupuskan 14 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM500,000 sejak 2000 hingga 2023.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner (DCP) Zulkafli Sariaat berkata, antara barang kes yang dilupus ialah pelbagai jenis dadah, ubat batuk dan air ketum.

Beliau berkata turut dilupuskan 4,313 kertas siasatan yang sudah melalui proses mahkamah dan mendapat kelulusan untuk pelupusan.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Perak telah dan akan mengadakan pelupusan barang kes dadah dan ketum pada hari ini dengan menghantar semua barang kes dadah tersebut kepada syarikat pelupusan sisa pepejal Kualiti Alam Sendirian Berhad di Bukit Pelanduk Negeri Sembilan di Bandar Seri Sendayan dan pelupusan ketum ke tapak pelupusan sanitari sisa pepejal di Papan, Ipoh", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah dan Ketum di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 14,234 tangkapan membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan RM5.9 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2024.

ROSLINA BINTI DIN