fb fb fb fb fb

Polis Pahang perhebat Ops Selamat, usaha minimumkan nahas jalan raya

BENTONG, 29 April- Jumlah kenderaan yang melalui jalan-jalan utama persekutuan termasuk lebuh raya di Pahang dijangka meningkat melebihi 1.5 juta dalam tempoh tujuh hari menjelang musim perayaan Aidilfitri bermula semalam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus melakukan pemantauan dalam usaha meminimumkan nahas jalan raya melalui Ops Selamat.

"Fokus kepada individu yang melanggar peraturan lalu lintas yang boleh menyebabkan kemalangan maut dan juga gangguan kepada pengguna jalan raya lain.

Selain itu, antara fokus operasi yang akan dijalankan sepanjang Ops Selamat ini adalah Ops Lancar Had Laju di kawasan yang kerap berlaku kemalangan, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan potong barisan," katanya pada majlis pelancaran Ops Selamat 18 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Pahang di Plaza Tol Bentong di sini.

(Datuk Ramli pada sidang media selepas majlis pelancaran Ops Selamat 18
sempena 
sambutan Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Pahang di Plaza Tol Bentong)

Sementara itu, polis akan turut menumpukan kepada aspek keselamatan harta benda dan rumah yang ditinggalkan penghuni sepanjang musim perayaan ini.

Jelas beliau, rondaan pencegahan jenayah di taman-taman perumahan akan terus dipertingkat bagi memantau rumah dan premis yang ditinggalkan.

Media Baharu