fb fb fb fb fb

Polis nafi dalang seludup mercun

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 April- Polis Diraja Malaysia, PDRM menafikan pihaknya mendalangi kegiatan penyeludupan mercun seperti yang dilaporkan oleh satu media cetak hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi kenyataan berkata kes yang dilaporkan telah diambil tindakan di mana suspek seorang polis telah ditahan oleh pihaknya bersama seorang lelaki kerana terlibat dalam pengedaran mercun.

Kedua-dua suspek ditahan direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan.

PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas suspek polis berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas dalam menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

Menurut beliau lagi, PDRM tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya pihaknya menerima bukti sebarang perlakuan sedemikian dan mengalu-alukan masyarakat menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil.


(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani)

Media Baharu