KLUANG, 29 November- Pihak polis akan melakuan pemantauan berterusan di sekitar kawasan Jalan Batu Pahat-Mersing yang dilaporkan dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pemantauan dilaksanakan bermula dari pukul 9.30 pagi tadi sehingga keadaan banjir pulih.
Anggota bertugas turut ditempatkan di kawasan berkenaan bagi kawalan lalu lintas.
Selain itu, jalan utama yang menghubungkan Kluang ke Mersing di Batu 17 juga telah dinaiki air dan melimpah di atas jalan raya.
Ketika ini hanya kenderaan berat, seperti kenderaan pacuan empat roda sahaja yang dibenarkan menggunakan jalan tersebut.
Pada masa sama, pihak polis turut melakukan pemantauan di jalan raya dari Batu 18 hingga ke Batu 29 Jalan Batu Pahat-Mersing.
Bagaimanapun hasil pemantauan yang dilakukan, tiada jalan yang dinaiki air di kawasan berkenaan.