fb fb fb fb fb

Polis kesan lelaki gunting Jalur Gemilang

(Tangkap layar video tular di media sosial/Foto tular)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Polis sedang mengesan seorang lelaki berhubung insiden menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial aplikasi Tik Tok; dipercayai berlaku pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.


(Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya)

"Polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan," katanya.

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di Tik Tok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi warna biru itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.

Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi dan menurut pemilik akaun Tik Tok berkenaan, beliau telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan selain khuatir akan keselamatan diri ekoran pelaku memegang gunting. 


(Tangkap layar video tular di media sosial/Foto tular)

Media Baharu