fb fb fb fb fb

Poland, Bulgaria beralih kepada E-U untuk bekalan minyak

(ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen/AFP)

BRUSSELS, 28 April - Poland dan Bulgaria kini menerima bekalan minyak daripada negara jiran yang menganggotai Kesatuan Eropah (EU) selepas gergasi tenaga negara Rusia, Gazprom menghentikan bekalan, kata ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

"Kami akan memastikan bahawa keputusan Gazprom mempunyai kesan yang paling sedikit terhadap pengguna Eropah," kata von der Leyen.

"Hari ini, Kremlin gagal sekali lagi dalam percubaannya untuk menyemai perpecahan dalam kalangan negara anggota. Era bahan bakar fosil Rusia di Eropah akan berakhir."

(FOTO AFP)

Di Chile, Ketua Dasar Luar E-U Josep Borrell berkata langkah Gazprom adalah "tindakan pencerobohan" dan "hanya akan mempercepat penukaran Eropah kepada tenaga hijau, yang tidak mewujudkan pergantungan".

Gazprom telah mengumumkan pemberhentian penyaluran bekalan minyak kepada Poland dan Bulgaria selepas tidak menerima bayaran dalam matawang rubel daripada dua anggota EU itu. -AFP

Media Baharu