
LABUAN, 17 Februari- Dua pengguna jalan raya cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, di sini, awal pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pokok tumbang berlaku di Jalan Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu awal pagi.
- Dua pengguna jalan raya terlibat; satu cedera lutut, satu lagi cedera kepala dan patah bahu.
- Mangsa dihantar ke Hospital Nukleus untuk rawatan lanjut.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan ketika dihubungi RTM memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 2.06 pagi.
Dua kenderaan yang melalui jalan berkenaan terlibat dalam insiden tersebut membabitkan dua mangsa.
Seorang mangsa mengalami kecederaan di lutut kiri, manakala seorang lagi luka di kepala dan patah bahu kiri.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Nukleus bagi mendapatkan rawatan lanjut.