fb fb fb fb fb

PMTTD: Latihan yang cekap, berkesan lahirkan anggota tentera yang kompeten

FOTO: Markas 1 Divisyen

LUNDU, 9 Mac - Semua peringkat pemerintah di bawah Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) diharap terus membudayakan latihan yang cekap dan berkesan agar dapat melahirkan anggota tentera yang kompeten.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi berkata ia juga bagi menyokong sepenuhnya hasrat Tentera Darat yang menekankan pentingnya keterampilan profesional anggotanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penutupan Eksesais Satria Perkasa Briged Ketiga Infantri Malaysia di Lundu.

Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak, Pegawai Daerah dan ketua kampung kerana memberikan kebenaran bagi penggunaan fasiliti serta kemudahan secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang latihan dijalankan.

Latihan selama lapan hari tersebut dilaksanakan bermula 1 Mac lepas di kawasan am, Lundu yang merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan Eksesais Satria Gagah 3 Briged yang telah dilaksanakan pada bulan lepas.

ROSLINA BINTI DIN