fb fb fb fb fb

PM umum RM35 juta untuk Melaka

Anwar Ibrahim

AYER KEROH, 9 Februari- Sejumlah RM25 juta diumumkan bagi memelihara tapak Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di negeri itu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insiatif itu disalurkan selepas melihat keperluan dalam meningkatkan Melaka sebagai sebuah negeri yang menyimpan warisan sejarah dan tarikan pelancongan buat negara. 

Katanya, ia juga bagi meningkatkan hubungan dengan rantau ASEAN dan China. 

"50 tahun hubungan Malaysia-China (bagi) tahun ini. Hubungan kita lebih akrab dengan negara China sekarang.

"Kepada Presiden Xi Jinping dan juga Premier Li Qiang, saya akan sampaikan apabila mereka melawat Malaysia.

"Kita juga akan adakan acara khas di Melaka untuk mengenai hubungan sejarah gemilang ini," katanya.

Anwar turut mengumunkan peruntukkan khas sejumlah RM10 juta bagi Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama industri di negeri itu.

Ia bagi meningkatkan kerjasama TVET dengan industri bagi memastikan pelajar urusan TVET bukan sahaja mendapat pekerjaan, malah kadar upah lebih tinggi.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA