fb fb fb fb fb

PM ucap terima kasih kepada Kemboja, bantu selesai isu penipuan pekerja

PHNOM PENH, 27 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja atas usaha dan kerjasama membantu menyelesaikan isu penipuan tawaran pekerjaan rakyat Malaysia di negara itu.

Jelasnya, kepimpinan dan sokongan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen amat bermakna kepada ratusan keluarga di Malaysia untuk membawa pulang 287 mangsa yang terbabit.

"Kepimpinan Kemboja yang begitu cemerlang dari segi memberi sokongan dan kerjasama penuh dalam usaha ini.

"Jadi terima kasih banyak, ia amat bermakna kepada ratusan keluarga yang terpengaruh dengan isu penipuan tawaran pekerjaan ini," katanya.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) pada sidang media bersama
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Peace Palace, Phnom Penh)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Peace Palace, di sini hari ini.

Pertemuan empat mata Perdana Menteri bersama rakan sejawatannya itu akan tertumpu kepada pelbagai usaha ke arah memperkukuh hubungan kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik serantau.

Media Baharu