fb fb fb fb fb

PM ucap takziah, sifatkan karya Pyanhabib suara nadi rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambar bersama Allahyarham Pyan Habib di media sosialnya

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seniman tanah air, Pyanhabib

Perdana Menteri berkata, beliau pasti akan mengenang setiap karya Allahyarham yang sentiasa membawa suara dan denyut nadi rakyat.

"Terima khabar duka penyair dan seniman Pyanhabib atau Osman Tikus telah kembali ke rahmatullah.

"Pengorbanan serta perjuangan Allahyarham akan tersemat utuh buat selamanya," katanya menerusi kenyataan media sosialnya hari ini.

Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di Hulu Kelang, malam tadi.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Berita pemergian Allahyarham Pyanhabib dikongsikan oleh isterinya, Zurina Zakaria di laman Facebook pada malam Selasa.

Allahyarham berpenampilan menarik berambut panjang terkenal dalam kalangan peminat kesusasteraan serta cara mendeklamasi puisinya yang unik.

Pyan Habib dilahirkan pada 27 Mei 1958 di Taiping, Perak meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan Najihah Mohd Supyan, 31, dan anak lelaki Ahmad Ashmand Farabi Mohd Supyan, 28 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:

 

GRACE AISYAH KEDAYAN