
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas mandat baharu untuk terus memimpin Thailand sebagai Perdana Menteri.
- Malaysia dan Thailand sebagai jiran terdekat serta rakan ASEAN berkongsi kepentingan terhadap kejayaan dan kemakmuran bersama.
- Hubungan digambarkan seperti dua sungai yang berpunca daripada mata air yang sama, menekankan ikatan rapat antara negara.
- Menantikan kerjasama rapat untuk memperkukuh perdagangan, pelaburan, kerjasama sempadan dan kestabilan rantau.
- Komitmen Malaysia untuk terus mempertingkat hubungan dua hala demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Datuk Seri Anwar menyifatkan Malaysia dan Thailand sebagai jiran terdekat serta rakan dalam ASEAN yang mempunyai kepentingan bersama dalam kejayaan dan kemakmuran kedua-dua negara.
Beliau berkata hubungan antara kedua-dua negara ibarat dua sungai yang berpunca daripada mata air yang sama.
“Saya menantikan untuk meneruskan hubungan kerja rapat dengan Perdana Menteri Anutin serta memperkukuh kerjasama Malaysia–Thailand, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan serta kestabilan rantau ini,” katanya.
Datuk Seri Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Thailand demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.