fb fb fb fb fb

PM ucap selamat menyambut Hari Deepavali

(FOTO FB ISMAIL SABRI YAACOB)

KUALA LUMPUR, 23 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Keluarga Malaysia beragama Hindu yang meraikannya esok.

Menerusi catatan beliau di laman Facebooknya, Ismail Sabri berharap perayaan itu akan memekarkan lagi perpaduan antara rakyat.


(Foto fail)

"Semoga pesta cahaya ini memekarkan lagi perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia dan keharmonian sesama kita.

"Saya yakin, perayaan Deepavali pada tahun ini disambut dengan lebih meriah bersama-sama keluarga dan rakan taulan yang tersayang," menurut beliau dalam catatan tersebut.

Media Baharu