PUTRAJAYA , 2 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Ismail Sabri mahu semua calon peperiksaan melakukan yang terbaik demi masa depan mereka.
(Datuk Seri Ismail Sabri ucap Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021 buat anak-anak Keluarga Malaysia yang tersayang)
“Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan. Pak Long sayang semua. selamat berjaya,” katanya.
Peperiksaan SPM yang akan berlangsung hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon dengan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu di 3,382 pusat peperiksaan seluruh negara.