fb fb fb fb fb

PM tunai solat Jumaat di Masjid Al-Wathidu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM

SHAH ALAM, 7 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah dari golongan pelajar di Masjid Al-Wathidu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin , Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini.

Ketibaan beliau pada pukul 1.25 tengah hari tadi diiringi Pengerusi Lembaga Pengarah UITM, Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Khutbah Jumaat bertajuk 'Hikmah Bulan Ramadan' disampaikan oleh Imam Masjid Al-Wathidu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM, Ustaz Faizan Tajiud yang turut mengetuai solat Jumaat.

Selesai solat, Perdana Menteri sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum bergerak meninggalkan masjid.

(Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 1.25 tengah hari
di Masjid Al-Wathidu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM)

Terdahulu, beliau sempat meluangkan masa bagi sesi dialog bersama Mahasiswa UiTM di Dewan Anjung Seri Budiman.

Media Baharu