fb fb fb fb fb

PM tiba di Masjid Negara beri penghormatan terakhir

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 15 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hadir sekitar pukul 1.00 tengah hari tadi.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah barisan Menteri Kabinet termasuk kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI