
ISTANBUL, 8 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk menghadiri beberapa program sebelum mengakhiri lawatan rasmi selama tiga hari ke Turkiye.
- Anwar diiringi beberapa menteri termasuk Menteri Luar, Pendidikan Tinggi dan Menteri Pelaburan semasa lawatan rasmi ke Turkiye.
- Beliau dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri Turkiye dari pelbagai sektor.
- Bekas pemain bola sepak antarabangsa Mesut Ozil dijangka mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri.
Pesawat khas membawa Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 2.19 petang waktu tempatan (7.19 malam waktu Malaysia).
Beliau turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Datuk Seri Anwar juga dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri Turkiye daripada pelbagai sektor.
Beliau dijangka menerima kunjungan hormat daripada bekas pemain bola sepak antarabangsa, Mesut Ozil.