fb fb fb fb fb

PM tiba di Islamabad untuk lawatan tiga hari ke Pakistan

Foto Pejabat Perdana Menteri

ISLAMABAD, 3 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba, di sini pada Rabu bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Pakistan.

Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi pada pukul 7.55 malam waktu tempatan (10.55 malam waktu Malaysia).

Menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah rakan sejawatannya, Shehbaz Sharif.

Turut menyambut Anwar ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan.

Perdana Menteri diberikan sambutan permaidani merah dan tembakan meriam sebanyak 21 kali, selain memeriksa kawalan kehormatan oleh anggota Angkatan Bersenjata Pakistan.

Pada hari kedua lawatan, jadual padat menanti Anwar, dengan acara pertama mengadakan pertemuan dengan Shehbaz di kediaman rasmi Perdana Menteri Pakistan.

 

TETITIA YUSOFF